Rich Choc Pudding

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Rich Choc Pudding ala Inggeris. Bagi penggemar coklat..resepi asal, tak ditambah agar-agar sebab puding Inggeris ni tidak beku mcm agar-agar dan dimakan dengan sudu tapi saya dah ubahsuai sikit, ikut selera kita, senang anak-anak nak makan..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 peket serbuk agar-agar (10-11gm)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan semua bahan kecuali mentega dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan mentega, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.
  4. Nota: ni akak tambah cara ye..untuk puding ni dan puding-puding lain, kalau nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Leave a comment