Resipi Tteokbokki

Pernah tak tengok menu Tteokbokki dalam drama Korea? Tteokbokki ialah snek Korea yang sangat popular. Ianya dibuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis.

Untuk membuat kek beras hanya perlu menggunakan tepung beras yang biasa kita guna. Bahan untuk sos juga senang untuk ditemui dan mudah untuk dibuat.

Nak cuba buat sendiri Tteokbokki di rumah? Lihat resipi lengkap langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Tteokbokki Halal

Bahan kek beras:

  • 1 cawan penuh membukit tepung beras pulut
  • Setengah sudu kecil garam dan air secukupnya

Cara buat kek beras:

1. Dalam mangkuk, satukan bahan di atas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.

3. Tabur tepung beras pulut diatas pelapik. Kemudian ambil sedikit doh, bulatkan dan gulung memanjang lalu potong ikut saiz yang disukai.

Resipi Tteokbokki

4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh yang siap dibentuk lalu rebus. Bila rice cakes hampir timbul terus angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk/ais.

Bahan untuk sos:

  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam

Tumbuk semua bahan ni hingga hancur lumat.

  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar cili pes gochujang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil penuh bijan putih
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam. Garam, gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1 keping cheese (optional)
  • Sedikit daun bawang

Cara membuat sos:

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan SOS satu persatu kecuali air dan cuka. Kacau hingga semua sebati.

3. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai dan yang terakhir masukkan cuka serta rice cake yang telah siap dibuat awal tadi.

Resipi Tteokbokki

4. Kacau semua sebati. Jika suka berkuah lebihkan air. Siap.

5. Hiaskan dengan daun bawang, telur rebus dan seaweed.

Resipi Tteokbokki

Nota: Kalau suka pedas boleh tambah perencah ramen. Untuk isi boleh tambah fucuk goreng, telur rebus dan hot dog.

Kredit: Aisyah Humaira

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN