Mochi merupakan sejenis kuih Jepun yang biasanya dihidang sewaktu sambutan Perayaan Tradisional Mochitsuki atau sambutan Tahun Baru Jepun. Kuih ini diperbuat daripada beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat. Kemudian dibentuk menjadi bulat.

Cara nak buat kuih Mochi ni senang je, bahan-bahannya pun mudah untuk didapati dekat mana-mana kedai runcit. Jom kita ikuti resipi Mochi yang dikongsikan oleh Cik Pah dari laman Facebooknya.

Kredit: Cik Pah

Bahan-bahan: 

  • Tepung pulut (2 cawan)
  • Tepung jagung (2 sudu besar)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Santan (200 ml)
  • Esen vanila (1 sudu kecil )
  • Pewarna
  • Sedikit tepung (disangai) – untuk salut mochi

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung pulut, tepung jagung, gula dan esen vanila ke dalam bekas.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kemudian, uli sehingga menjadi doh yang licin.
  3. Letakkan pewarna. Kemudian, masukkan doh tadi ke dalam loyang dan biarkan ia dikukus selama 20 minit.
  4. Apabila sudah masak, angkat dan sejukkan. Cara untuk pastikan sama ada doh sudah masak ialah apabila doh sudah tidak melekat.
  5. Selepas itu, bahagikan doh kepada saiz yang sama. Kemudian, leperkan doh atau ratakan dan masukkan inti.
  6. Bulat-bulatkan dan golek ke dalam tepung pulat yang dah disangai tadi.
  7. Sejukkan seketika sebelum makan untuk rasa yang lebih enak.

Siapp!

Kredit: Rasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN