udang masak berlada

Pernah cuba makan Udang Masak Berlada? Ini antara hidangan yang boleh dicuba. Bahan-bahan memasak yang digunakan pun tak renyah dan mudah dibeli.

Nak guna apa jenis udang pun tiada masalah. Janji ada udang sebab itu bahan asas utama untuk lauk ini.

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran

Hidangan ini sesuai dijamu untuk seisi keluarga atau apabila tetamu datang ke rumah tanpa dijangka, memang makan bertambah dibuatnya.

Bagi yang ingin mencuba, ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurulfidayu Bt Awang ini. Hanya guna 6 bahan saja.


RESIPI UDANG MASAK BERLADA

udang masak berlada

Bahan-bahan:

  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah 2 biji
  • Cili merah 3
  • Cili hijau 3
  • Cili padi 5-7 biji – ikut citarasa pedas masing-masing
  • Tomato 1 biji

Cara-cara memasak: 

1. Kisar semua bahan. Kisar boleh, guna chopper pun boleh.

2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi, cili hidup, tomato. Saya guna chopper jadi cantik kasar-kasar.

3. Masa tumis letak sesudu kecik kunyit dan 2 sudu besar sos tiram.

4. Tumis bila garing, bolehlah masukkan udang. Lepas 5minit atau udang dah masak tutup api.

5. Jangan lupa perasakan dengan garam. Nak wangi boleh tambahkan daun limau purut. Siap!


Udang boleh juga diganti dengan ayam, ikan keli, sotong, daging, atau telur. Jika nak guna ikan, kuah perlu asing untuk elak isi ikan jadi lembik. 

Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Udang ‘Fresh’ Macam Baru Naik Dari Laut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN