resepi sagu gula melaka

Resepi sagu gula melaka ini salah satu pencuci mulut yang wajib dicuba. Rasa dia sangat berlemak disebabkan oleh gabungan sagu, susu cair dan gula melaka yang sangat lazat!

Boleh guna pelbagai warna untuk membuatkan sagu lebih menarik. Sesuai juga dibuat jualan, pasti dapat menarik perhatian pelanggan.

Cara membuatnya cukup mudah, bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak. Tetapi ada petua yang perlu diikuti supaya sagu menjadi cantik sebiji-sebiji dan jernih elok.

Ikuti saja resipi perkongsian oleh Ida Hidayatul di bawah. Letakkan di dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dimakan. Makan sejuk-sejuk lebih sedap!

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus

RESEPI SAGU GULA MELAKA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan sagu putih
  • Air secukupnya
  • 3 keping gula melaka (cairkan)
  • Susu cair

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam kuantiti yang banyak. Apabila air sudah menggelegak, masukkan sagu (tak perlu basuh terlebih dahulu).

2. Kacau sekejap secara perlahan sahaja. Jangan kacau dengan kerap kerana ada jenis sagu cepat hancur. Pastikan guna api sederhana.

3. Apabila biji putih sudah kelihatan hilang, baru tutup api. Letak pewarna merah dalam air jika guna sagu putih.

4. Toskan sagu sambil alirkan di bawah air paip. Basuh sagu sehingga bersih dan ketepikan.

5. Cara buat gula melaka, dalam periuk, panaskan sedikit saja air. Letakkan 3 keping gula melaka dan daun pandan (jika ada). Tunggu sehingga gula cair dan siap.

resepi sagu gula melaka

6. Cara nak letak dalam bekas mudah saja. Letak gula melaka ikut kemanisan yang disukai. Masukkan sagu dan tuang susu cair.

7. Sejukkan dalam peti dan makan sejuk-sejuk. Selamat mencuba!

resepi sagu gula melaka

Kredit resipi dan gambar: Ida Hidayatul

Baca juga: Resipi Jajan Legend Sagun Kelapa, Teringat Kecil-Kecil Dulu Selalu Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN