rendang ayam cili api

Rendang Ayam Cili Api adalah antara hidangan yang sangat popular di Malaysia, terutamanya di Negeri Sembilan. Ia adalah sejenis masakan tradisional Melayu yang memukau dengan kombinasi rasa pedas yang kaya dan kekayaan rempah yang mengasyikkan.

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Versi Hancur Manja, Lagi Sedap Makan Dengan Ketupat & Lemang

Dalam hidangan ini, ayam dimasak dengan rempah kisar yang kaya dan santan sehingga mendapat kekentalan yang sempurna. Berikut adalah resipi mudah untuk menyediakan Rendang Ayam Cili Api yang enak dan memikat selera.

RESIPI RENDANG AYAM CILI API

rendang ayam cili api

rendang ayam cili api

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia (macam dalam gambar tu)
  • 35-40 tangkai cili akar/cili api (nak pedas tambah lagi)
  • 4 batang serai

*Bahan-bahan di atas semua dikisar.

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar, siat-siatkan daun kunyit dan masukkan serai yang diketuk.

2. Tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit kemudian ayam. Gaul rata.

3. Biarkan dalam 10 minit kemudian masukkan santan dan kerisik, garam, serbuk perisa, dan gula.

4. Waktu dah nak kering sentiasa gaul, kuah dah agak pekat maka siap dan masak lah rendang ayam ini.

Selamat mencuba.

Baca juga: Jenis Rendang Yang Ada Di Malaysia Mengikut Negeri, Banyak Variasi Rupanya!

Sumber: Facebook Fazniza Razali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN