japanese cotton cake

Kek yang sedap mestilah kek yang lembut, gedik-gedik dan juga spongy. Kalau anda mencari kek macam ini, apa kata cuba resipi japanese cotton cake ini.

Tapi, kalau tak kena dengan resipi kek pasti akan jadi keras dan juga bentat. 

Jom kita tengok resipi oleh Azlina Ina melalui laman Facebook yang pastinya dijamin menjadi. 

Baca juga: Resipi Soft Cookies Rangup & Lembut Di Dalam, Makan Satu Tak Cukup!

RESIPI JAPANESE COTTON CAKE

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur gred B
  • 3-4 keping keju Cheesedale atau 1 cawan cream cheese Tatura
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil cream of tartar atau 1 sudu kecil cuka masakan

Bahan Double Boil:

  • 1/2 cawan susu segar
  • 3-4 keping Cheesedale, dicarik-carik terlebih dahulu
  • 2 sudu besar butter

Bahan Ayak:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1. Panaskan susu segar, keju Cheesedale yang telah dicarik-carik, dan butter menggunakan kaedah double boil sehingga semuanya cair dan sebati. Biarkan sejuk sedikit.

2. Pisahkan kuning telur dan putih telur.

3.  Masukkan sedikit esen vanila ke dalam kuning telur dan kacau menggunakan spatula. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah di-double boil semasa masih suam. Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan kacau rata menggunakan sudip.

4. Pukul putih telur menggunakan mixer sehingga adunan menjadi kasar. Masukkan 1 cawan gula halus dan 1 sudu kecil cuka. Pukul sehingga adunan menjadi kental dan teguh. (Teguh bermaksud jika anda terbalikkan adunan, ia tidak akan jatuh.)

5. Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur secara kaup balik sehingga sebati.

6. Letakkan butter dan baking paper di sekeliling dan dasar loyang.

7.  Panaskan oven pada suhu 170°C menggunakan api atas bawah selama 5 minit. Gunakan kaedah steam bath, iaitu dengan meletakkan air di bawah loyang dan meletakkan loyang adunan di atas air tersebut.

8. Selepas 5 minit memanaskan oven dan loyang berisi air, masukkan loyang adunan ke atas air tadi. Turunkan suhu oven kepada 160°C dan bakar selama 1 jam 10 minit.

9. Selepas masak, terbalikkan kek di atas redai dan buka baking paper. Kemudian, terbalikkan semula kek.

10. Hias kek mengikut kreativiti masing-masing. Anda boleh menaburkan gula icing di atasnya.

japanese cotton cake

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina

Baca juga: Kebaikan Cuka Epal, Ada 9 Manfaat Untuk Kesihatan, Patut Ramai Suka Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN