tortilla

Min tertarik betul dengan satu video dekat TikTok cara ‘hack’ untuk balut roti Tortilla.

Dah alang-alang malas nak masak lauk, jom kita cuba buat untuk breakfast ini.

Kreatif dan worksmart. Rupa-rupanya ada cara yang lagi mudah nak balut tortilla ini. Ingatkan kena balut style shawarma saja, Hiks!

Baca juga: Cara Buat Tortilla Wrap Chicken Mayonis

Min fahamkan, resipi ini mula tular ketika video masakan tersebut dipost oleh wanita ini.

Video penuh:

Cara-caranya mudah saja:

1. Bahagikan tortilla wrap kepada empat bahagian


Setiap bahagian itu, boleh ikut kreativiti korang nak letak bahan isi wrap apa.

2. Gunting separuh pada bahagian tengah tortilla


Ini part yang penting. Bila korang gunting sedikit pada bahagian tengah, ini untuk mudahkan korang nak lipat balutan.

Jadi, tak adalah terkeluar semua bahan dalam wrap.

3. Lipat wrap


Boleh perlahan-lahan lipat satu persatu bahagian wrap macam korang lipat baju.

4. Masak wrap dalam pan anti lekat

Akhir sekali, jangan lupa masak tortilla wrap tu di atas grill pan atau non-stick pan.

Baru lah tortilla korang tu tak melekat atau hangit. Kalau nak lagi sedap, korang juga boleh sapu sedikit butter atau margerin pada bahagian luar wrap tersebut.

Jadi, rasa wrap tu akan bertambah sedap.

Amacam, nampak mengiurkan tak? Selamat mencuba!


Sumber: TikTok @ellcarter1

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN