resipi puding karamel

Resipi puding karamel ini sangat sesuai untuk anda yang alergik telur atau tak suka rasa hanyir telur dalam puding.

Bahan-bahan yang digunakan juga murah dan mudah untuk didapati. Gandingan puding perisa vanilla yang lembut dengan gula karamel memang sangat nikmat.

Selain dari tidak menggunakan telur, anda hanya perlu sejukkan puding dalam peti ais saja. Sesuai untuk anda yang tiada pengukus kat rumah. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Rasa Tetap Sedap! Yang Penting Tak Perlu Uli Doh

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR & TAK PERLU KUKUS

Bahan-bahan untuk gula karamel:

  • 5 sudu besar gula

Bahan untuk puding:

  • 1 paket agar-agar (10g)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 mug air
  • 2-3 titis stevia (resepi asal guna 3/4 cawan gula)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara untuk gula karamel:

1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan.

2. Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan. (loyang saiz 8 inci).

Cara untuk buat puding:

1.  Satukan semua bahan untuk puding dalam periuk.

2. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul tau.

3. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat.

4. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.

5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum dimakan.

Selamat mencuba!

Tips:

  • Masa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tak mudah hangus kat bahagian bawah dan tak berketul.
  • Kalau tak nak letak gula langsung untuk bancuhan puding pun boleh sebab karamel tu dah cukup manis. Boleh juga guna gula stevia sebagai pengganti gula.

Kredit gambar & resipi: Marina Ismail, Roslina Shaari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN