asam pedas melaka asli

Bila tiba di negeri Melaka bandar bersejarah, memang tak sah kalau tak makan Asam Pedas Melaka Asli. Kadang-kadang tertanya, macam mana kedai ni buat kuah pekat, sedap dan padu macam tu.

Haa, kini tiada rahsia lagi. Rupanya ada rahsianya nak buat asam pedas sama macam di Melaka. Puan Liza Idris ada berkongsikan cara-caranya. Jom sama-sama cuba nanti ya.

Baca juga: Resipi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

CARA BUAT ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar size sederhana
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Cili kering**

Bahan-bahan lain:

  • Ikan pari @ apa-apa jenis ikan
  • 1 sb halda
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 batang serai
  • 1 sudu paste Asam Jawa
  • 1 mangkuk air
  • Bunga kantan
  • Garam
  • Tomato

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar.
  2. 1 mangkuk cili kisar asingkan.

  3. Panaskan minyak, goreng 1sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.

  4. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

  5. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.

  6. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.

  7. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.

  8. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.

  9. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.

    asam pedas melaka asli

  10. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.

    asam pedas melaka asli

  11. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.

  12. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.

Mudah kan? Lepasni kalau mengidam, tak perlu susah-susah ke Melaka dah. Buat sendiri je!

asam pedas melaka asli

Kredit: Liza Idris

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN