PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-17 07:45:29

Biasanya selepas balik daripada membeli-belah, mesti kita akan terus menyimpan barang-barang basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran ke dalam peti sejuk supaya dapat mengekalkan kesegarannya. Namun, tahukah anda? Ada lagi cara penyimpanan barang basah yang lebih berkesan untuk memastikan kesegarannya bertahan lebih lama. Perkongsian Ana Sulianna menerusi laman Twitter ini raih lebih 10K retweet membuktikan keberkesanan petua penyimpanan barang basah ini. Oleh itu, jom sama-sama memanfaatkannya.
 

  1. Bahagikan bahan protein mengikut saiz yang diingini ke dalam beg ziplock


    Kredit: Ana Sulianna

    Untuk memastikan bahan basah kekal segar, cuci bahan basah terlebih dahulu sebersih-bersihnya. Kemudian, bahagikan barang basah tersebut ke dalam beg ziplock mengikut posi hidangan yang anda inginkan.
     

  2. Simpan sayuran beralaskan tisu dapur dalam beg ziplock


    Kredit: Ana Sulianna

    Sayur-sayuran seperti labu, lobak, timun, dan pok choy, tidak perlu dicuci. Anda boleh terus memotong sayuran tersebut mengikut saiz yang sesuai. Kemudian, masukkan ke dalam beg ziplock yang beralaskan tisu dapur untuk memastikan sayuran tersebut tahan lebih lama. Akhir sekali, letakkannya ke dalam peti sejuk dan guna bila perlu.
     

  3. Letakkan daun-daun di dalam beg ziplock dan simpankan di dalam freezer


    Kredit: Ana Sulianna

    Anda boleh gunakan kaedah ini untuk daun-daun seperti daun kari, daun limau purut, daun ketumbar, dan daun kunyit. Tanpa perlu dicuci dahulu, periksa dahulu daun-daun dan buangkan bahagian yang layu. Kemudian, masukkannya ke dalam beg ziplock dan simpankan di dalam freezer. Dengan menggunakan cara ini, daun-daun boleh bertahan selama berbulan-bulan lamanya.
     

  4. Simpankan sayuran akar anda di dalam bekas berisi air


    Kredit: Ana Sulianna

    Cara penyimpanan mungkin agak berbeza untuk sayur akar seperti lengkuas, halia, dan kunyit hidup berbanding dengan sayuran lain. Bagi mengekalkan kesegaran yang lebih lama, cucikan sayuran akar tersebut dan kemudian letakkannya di dalam balang yang berisi air. Selepas itu, simpan balang tersebut ke dalam petik sejuk. Di samping itu, jangan lupa untuk menukar airnya setiap minggu bagi memastikan akar sayur kekal segar untuk masa yang lebih panjang.
     

  5. Balutkan sayuran menggunakan pembalut plastik

    650
    Kredit: Friends of the Earth

    Untuk sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan bunga kubis, cara-cara penyimpanannya adalah dengan membalutnya dengan pembalut plastik tanpa perlu dibasuh. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk. Gunakan apabila perlu dan simpan lebihan sayuran dengan membalutnya semula selepas guna.
     

Mudah sahaja bukan? Dengan menggunakan cara-cara ini, pastinya bukan sahaja barang dapur anda akan lebih tahan lama tetapi lebih kemas tersusun di dalam peti sejuk.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN