
Sesiapa pun takkan menolak untuk makan ikan goreng yang ringkas dan mudah dimasak. Jangan tak tahu, ada banyak jenis ikan sedap digoreng yang anda boleh dapatkan di pasar ikan.
Ikan goreng sering menjadi pilihan lauk terutama di kedai makan nasi campur. Lebih-lebih lagi jika ada sambal atau air asam, semakin terangkat selera dibuatnya.
Kali ini kami kongsikan beberapa jenis ikan sedap digoreng untuk anda cuba di rumah. Selepas ini, taklah makan jenis ikan yang sama saja lagi. Jom kita tengok!
Baca juga: 5 Jenis Kerang Di Malaysia Dan Cara Memasaknya, Patutlah Isi Sedap Luar Biasa!
10 JENIS IKAN YANG SEDAP DIGORENG
1. Ikan Kerisi

Salah satu jenis ikan paling mudah didapati di mana-mana pasar ikan. Paling menarik, ikan kerisi boleh digoreng tanpa membuang sisiknya dan hasilnya rangup apabila dimakan.
2. Ikan Belanak

Orang Sabah menyebut ikan belanak sebagai kembura iaitu jenis ikan yang suka berkumpul dan banyak terdapat di perairan cetek. Jika nak goreng, letak sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Ikan Baronang

Sebelum menggunakan ikan baronang untuk masak, anda perlu bersihkan perutnya terlebih dahulu kerana agak berbau. Namun, isi ikan ini sangat sedap apabila digoreng.
4. Ikan Tenggiri

Tiada siapa pertikaikan kesedapan ikan tenggiri apabila digoreng, tapi harganya agak mahal di pasaran tempatan. Jika nak lebih murah, boleh terus ke jeti nelayan untuk membelinya.
5. Ikan Kembung

Saiz ikan kembung yang kecil dan mudah diperolehi dengan harga berpatutan menjadikannya salah satu jenis ikan kesukaan ramai untuk digoreng. Kena goreng sedikit garing, baru sedap.
6. Ikan Tuna

Jika pernah makan ikan tongkol, ikan langkunis dan ikan bakulan, semua itu daripada keluarga ikan tuna. Rupa kepalanya sama, tapi ada yang berisi putih dan hitam serta sedap digoreng.
7. Ikan Bawal

Selain ikan kembung, ikan bawal juga telah menjadi kesukaan ramai untuk dimasak. Ada dua jenis ikan bawal yang sedap digoreng iaitu bawal putih dan bawal hitam.
8. Ikan Kerapu

Pantang dapat peluang untuk makan di restoran, pasti akan pesan ikan kerapu. Biasanya, orang kaum Cina paling suka makan ikan ini dan paling sedap digoreng ialah ikan kerapu sunu.
9. Ikan Jenahak

Oleh kerana isinya lembut dan enak dimakan, jadi tak hairanlah kaki pancing paling suka memancing ikan ini dan ia menjadi salah satu jenis ikan yang sedap digoreng.
10. Ikan Pari

Banyak jenis ikan pari di pasaran, tapi kena pandai pilih yang sesuai untuk digoreng. Selalunya, orang guna ikan untuk masak secara goreng tepung.
Manalah tahu sudah bosan dengan ikan yang sama setiap hari, bolehlah tukar selera guna ikan lain pula. Selepas itu, bolehlah bandingkan rasa isi yang sedapnya berbeza.
Semoga bermanfaat!
Sumber: HIDUP BERDIKARI
Baca juga: 5 Jenis Ikan Kering Yang Popular Sebab Sedap, Tapi Tak Boleh Makan Selalu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














