sup telur jejari ketam

Buat anda yang sedang mengamalkan diet sihat, anda pasti mencari resipi menu yang ringkas tapi sedap. Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan adalah antara menu yang disukai ramai.

Apabila mencari menu untuk diet sihat, kena cari yang mengenyangkan juga. Anda boleh cari menu yang berasaskan telur dan cendawan. Boleh kenyang sampai petang!

Sebenarnya apa yang paling penting dalam menu diet ialah hidangan tersebut mengandungi rendah karbohidrat, tinggi protein dan serat.

Telur adalah antara jenis protein yang boleh anda ambil ketika mengamalkan diet sihat. Cendawan pula antara makanan rendah kalori yang mempunyai kandungan air dan serat tinggi.

Oleh sebab itulah telur dan cendawan sentiasa digunakan dalam menu diet kerana kaya dengan nutrisi untuk kesihatan tubuh.

Jika anda nak mula mengamalkan diet sihat pada hari ini, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di Facebook.

Baca juga: Resipi Sup Telur Puyuh Goreng, Pertama Kali Cuba Pasti Jatuh Cinta!

RESIPI SUP TELUR JEJARI KETAM DAN CENDAWAN

sup telur jejari ketam

Bahan-bahan:

  • 10 Jejari Ketam (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris/dicincang)
  • 1 Kiub Pati Ayam (tiada MSG)
  • 4pcs Cendawan Shiitake segar (dihiris)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • 1 sudu besar Tepung Jagung (dibancuh dengan air)
  • Air secukupnya (lebih kurang 1 liter)
  • Sedikit garam & serbuk perasa
  • Lada sulah (tambahan)

Cara-cara:

1. Didihkan air bersama bawang putih, halia dan kiub pati ayam ke dalam periuk.

2. Masukkan jejari ketam dan biarkan seketika sehingga mendidih.

3. Masukkan cendawan shiitake. Kacau dalam beberapa minit.

4. Tambahkan air bancuhan tepung jagung.

5. Kacau secara memusing dan tuangkan telur yang dah dipukul.

sup telur jejari ketam

6. Perasakan garam dan lada sulah secukup rasa. Matikan api. Sedia dihidangkan bersama sedikit kicap cair dan minyak bijan.

Kalau suka pedas, bolehlah makan bersama cili potong. Nak hias dengan daun bawang pun boleh. Barulah hidangannya nampak menarik nanti. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook CikPuan SitiMasitah

Baca juga: Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Pun Tak Berterabur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN