resepi pes tomyam

Resepi pes tomyam ini berguna untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja tetapi mahu menyediakan hidangan yang lazat untuk keluarga.

Bila ada sos ini, anda hanya perlu tambahkan lauk seperti seafood, ayam atau sayur-sayuran yang disukai mengikut cita rasa masing-masing.

Bukan hanya sesuai untuk memasak tomyam, pes ini juga boleh digunakan untuk memasak nasi goreng tomyam, makaroni tomyam dan semua jenis masakan yang menggunakan pes tomyam.

Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Shamliah Ibrahim di bawah.

Baca juga: Cara Buat Stok Pes Kunyit Serbaguna, Tinggal Lumur Je Tiap Kali Nak Menggoreng!

RESEPI PES TOMYAM HOMEMADE

Bahan-bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 inci belacan
  • 12 biji bawang putih
  • 15 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elak rasa pahit)
  • 12 batang serai dihiris
  • 5 inci lengkuas
  • Gula kabung

Bahan-bahan lain:

  • Cili kisar 4 senduk
  • Minyak 1 senduk
  • Sos ikan 4 sudu besar
  • Asam jawa 3 sudu besar
  • Air setengah cawan kecil

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan-bahan kisar kecuali gula kabung dan kisar sehingga halus. Kalau nak buat sikit, bahagi 3 setiap bahan.

resepi pes tomyam

2. Tumis cili kisar terlebih dahulu sehingga pecah minyak.

3. Kemudian, satukan semua bahan dan gaul sehingga sebati.

4. Masak lebih kurang 45 minit hingga ke 1 jam sehingga pecah minyak. Sejukkan sebelum simpan di dalam bekas tertutup.

5. Bila nak masak, hanya perlu tambah seafood, ayam dan sayuran. Tapi bahan asas tomyam jangan dilupakan serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis dan daun limau purut wajib ada.

resepi pes tomyam

Kredit resipi dan gambar: Shamilah Ibrahim

Baca juga: Resipi Char Kuetiau Paling Mudah, Tak Perlu Guna Pes Atau Air Kulit Udang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN