oren rasa ala vitagen

Air oren rasa ala vitagen ini wajib anda cuba di rumah nanti! Hanya perlu menggunakan 2 bahan yang mudah. Dapat minum dalam cuaca panas macam sekarang syok jugak kan?

Siapa yang suka beli vitagen kat kedai tu dijamin akan suka sebab rasanya memang sama! Boleh minum puas-puas sebab kalau tak cukup boleh buat banyak kali. Kalau yang jual di kedai, kecil-kecil je botolnya kan.

Perkongsian resipi air oren ala vitagen yang dikongsikan oleh Nur Haziqah ini telah menjadi tular di laman sosial Facebook yang telah mendapat hampir 9.4 ribu shares. Jom lihat perkongsian olehnya di bawah.

Resipi Air Oren Rasa Ala-Ala Vitagen

Bahan-bahan:

  • 4sb oren sunquick
  • 4sb susu pekat
  • 200 ml air panas

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan oren sunquick dan susu pekat. Kuantiti boleh mengikut kemanisan dan kuantiti yang diingini.

oren rasa ala vitagen

2. Kemudian tambahkan air panas dan ais.

Tips: Bancuh dengan air panas, kacau laju-laju dan lama sikit supaya air tak berkeladak.

oren rasa ala vitagen

Kredit: Nur Haziqah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN