resipi sup ayam

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca sejuk atau sebagai makanan yang ringan untuk seisi keluarga.

Untuk rasa yang lebih ‘wow’, anda boleh menambah sedikit perahan limau nipis semasa menghidangkan. Sup ini juga boleh disesuaikan dengan menambah cili padi untuk versi yang lebih pedas.

Semasa menulis entri ini, penulis juga sudah kecur air liur membayangkan hirup sup ayam panas-panas! Tunggu apa lagi, jom cuba sama-sama.

Baca lagi: Cara Masak Udang Buttermilk Lemak Berkrim, Rasa Yang Tak Boleh Dilupa!

RESIPI SUP AYAM

Bahan-Bahan Utama:

  • Bahan Tumis:
    • Bawang merah kecil (hiris)
    • Bawang putih (hiris)
    • Bawang besar (hiris – sedikit sahaja untuk elak rasa terlalu manis)
    • Halia (hiris)
    • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • Bahan Sup:
    • Rempah sup (Adabi) – bancuh dengan sedikit air
    • Lada hitam (dikisar halus)
    • Kentang (potong besar)
    • Lobak merah (potong besar)
    • Ayam (potong sederhana besar)
    • Daun bawang dan daun sup (dihiris)
    • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.

2. Tumis bawang merah sehingga kekuningan dan wangi.

3. Masukkan bawang putih dan teruskan menumis sehingga kedua-duanya keperangan.

4. Tambahkan bawang besar, halia, kentang, dan lobak merah. Tumis seketika sehingga bawang besar menjadi layu.

5. Tuangkan bancuhan rempah sup ke dalam tumisan.

6. Taburkan lada hitam secukupnya untuk menambah rasa pedas beraroma.

7. Gaul sebati dan biarkan rempah sebati dengan bahan tumisan.

8. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan didihkan.

9. Apabila air mendidih, tambahkan potongan ayam.

10. Masak sup pada api sederhana sehingga kentang dan lobak merah menjadi lembut.

11. Perasakan dengan garam mengikut citarasa.

12. Sebelum menghidangkan, taburkan hirisan daun bawang dan daun sup di atas sup ayam untuk memberikan aroma segar.

resipi sup ayam

Sumber: Siti Annallyssa

Baca lagi: Resipi Bendi Tumis Cili, Ikut Langkah Ini Bendi Mesti Tak Berlendir!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN