resepi popia cheese

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Popia Sira Sambal Rangup, Kena Letak 1 Bahan Ini Agar Salutan Cantik Berkilat!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

resepi popia cheese

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

  1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.
  2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.
  3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.
  4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.
  5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Haslina Hamid

Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN