jenis kerang

Tahukah anda, terdapat 2 jenis kerang yang sering dijual di pasar iaitu kerang laut dan kerang bela. Ia boleh diolah menjadi beberapa hidangan yang lazat.

Rupanya dua jenis kerang ini berbeza saiz dan berbeza tahap kesedapannya. Oleh itu, cara memasaknya memainkan peranan yang penting. Kerang yang tawar pun boleh jadi sedap!

Selain dari kesedapannya, terdapat banyak nutrisi yang terkandung dalam haiwan laut kesukaan ramai ini. Berikut merupakan manfaatnya:

  1. Mempunyai vitamin B12 yang penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf.
  2. Kandungan iodin yang merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal metabolisma dan sel-sel badan supaya kekal sihat.
  3. Mempunyai kandungan zat besi untuk meningkatkan sel darah merah.
  4. Selenium memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan yang akan menghalang kerosakan sel dan tisu.
  5. Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan diambil.

Baca juga: 11 Jenis Pisang Yang Ada Di Malaysia, No. 7 Paling Sedap Untuk Digoreng!

Mari kita mengenali dengan lebih lanjut mengenai dua jenis kerang tersebut.

2 JENIS KERANG INI BERBEZA CARA MASAK

1. Kerang Laut

jenis kerang

Saiz kerang laut agak gemuk berbanding kerang bela. Harganya juga lebih mahal tetapi isinya manis. Kerang jenis ini sangat sedap jika dibakar.

2. Kerang Bela

jenis kerang

Kerang bela pula mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding kerang laut, isinya juga sedikit tawar. Oleh itu semasa merebusnya nanti, jangan lupa masukkan serai dan garam supaya lebih sedap.

Sumber: Twitter Nurul Shima

Baca juga: Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN