sotong tin

Ada ketikanya kita terburu-buru sampai tak sempat nak siapkan hidangan untuk keluarga, tapi terus lega jika ada Sotong Tin di rumah.

Ia sama seperti sardin dalam tin, cuma cara memasaknya lebih cepat dan mudah daripada sotong yang biasa anda beli di pasar.

Terdapat cara memasaknya yang sangat sedap dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Nor Haryati Badri di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

RESIPI SOTONG TIN

sotong tin

Bahan-bahan:

  • 1 tin – sotong dalam tin jenama Rex (dipotong sederhana sebab saiznya besar)
  • 2 labu bawang besar (dibelah dua dan dihiris agak kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 inci halia (dihiris halus batang mancis)
  • 2 biji lada merah hidup (dihiris serong)
  • 6 hingga 7 batang cili padi hijau (untuk campak dalam lauk)
  • 1 keping kecil asam gelugor (direndam sebentar)
  • Sedikit garam
  • ¼ cawan air (air sotong dalam tin juga boleh masukkan separuh)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih hiris, bawang besar hiris dan halia sehingga berbau harum dan layu.

2. Selepas itu, masukkan cili merah hiris dan cili padi, kemudian masukkan sotong yang telah dihiris kecil dan balikkan.

3. Seterusnya, masukkan air diikuti asam keping dan sedikit garam. Apabila sudah masak sebati, bolehlah diangkat. Siap untuk dihidang!

sotong tin

Ramai yang suka masak Sotong Tin ini kerana keenakannya setelah dimasak itu boleh buat selera sesiapa pun terangkat, sampai bertambah nasi dibuatnya.

Maklumlah kadang-kala terlalu sibuk dengan urusan seharian, sekali-sekala mestilah nak buat resipi yang pantas tapi sedap untuk seisi keluarga di rumah.

Tak ramai yang tahu cara memasaknya sebelum ini sedangkan ia juga boleh digunakan untuk buat sambal. Jangan lupa untuk kongsikan resipi ini kepada keluarga dan kawan-kawan tau.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Haryati Badri

Baca juga: Sotong Goreng Kunyit Berkuah, Rupanya Ramai Lebih Suka Versi Macam Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN