
Hari ini teringin nak makan pulut, tapi tak nak pulut yang biasa-biasa. Oleh itu, kami nak ajak anda buat Pulut Ayam Siam yang kesedapannya cukup memikat selera.
Resipi Pulut Ayam Siam ini dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook sampaikan ramai tertarik untuk membuatnya di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!
RESIPI PULUT AYAM SIAM

Bahan-bahan ayam goreng:
- 1 ekor ayam potong 4 (rebus 10 minit dan toskan, tak nak rebus nak terus perap pun boleh)
- 2 sudu besar biji ketumbar*
- 2 sudu teh jintan manis*
- 2 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 2 halia sebesar ibu jari*
- 2 ketul pati ayam*
- 1 paket kecil serbuk cili
- 5 sudu besar tepung beras
Cara-cara menyediakan ayam goreng:
1. Kisar semua bahan yang bertanda (*).
2. Gaul ayam dengan semua bahan tumbuk dan serbuk cili, perap selama 20 hingga 30 minit.
3. Panaskan minyak.
4. Sapu tepung beras pada ayam tadi dan terus goreng. Jangan goreng terlalu lama sebab ayam sudah rebus dan elok masak, toskan.

Bahan-bahan bawang goreng rangup:
- 10 hingga 15 biji bawang rose (bawang yang kecil-kecil)
- 1 sudu besar tepung beras
- Secubit garam
Cara-cara menyediakan bawang goreng rangup:
1. Kopek kulit bawang, basuh dan toskan bagi kering.
2. Kemudian, hiris nipis.
3. Gaul bawang dengan tepung beras dan garam.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
Bahan-bahan sos Thai padu:
- 1 botol sos pencicah Thai (boleh beli di pasar raya, botol pembalut warna putih ada gambar perempuan depan botol itu)
- ½ botol sos Thai (saya guna jenama LIFE)
- 3 sudu besar sos plum (boleh dapatkan di pasar raya, tak letak pun tak apa)
- 2 biji cili merah (cili besar, jika suka pedas, boleh tambah)
- 6 biji cili padi siam warna merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 hingga 4 akar ketumbar
- ½ cawan air
- Garam dan gula (jika perlu)
Cara-cara menyediakan sos Thai padu:
1. Tumbuk cili merah, bawang putih dan akar ketumbar.
2. Masukkan dalam periuk bahan tumbuk tadi.
3. Masukkan juga sos pencicah thai, sos thai dan sos plum
4. Masukkan juga air.
5. Masak sehingga mendidih dan sesuaikan rasa.
Bahan-bahan pulut tanak:
- 2 cawan beras pulut
- 2½ cawan air
- 1 sudu besar minyak masak
- Sedikit garam
Cara-cara menyediakan pulut tanak:
1. Basuh beras pulut dan toskan.
2. Masukkan beras pulut, air, garam dan minyak ke dalam periuk.
3. Tanak sehingga masak.
Selepas itu, anda boleh hidangkan pulut tanak bersama ayam goreng, bawang goreng dan sos Thai. Maka, terhasillah Pulut Ayam Siam yang lazat dan padu.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Rahsia Pulut Inti Kelapa Manis Sedap Berlemak, Rupanya Guna Jenis Beras Pulut ‘Ini’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














