cili jeruk

Siapa suka cili jeruk yang rangup ni? Wajib letak dalam meggi celup atau dimakan bersama mee goreng. Memang sedap! Kalau nak buat sendiri, kena tahu caranya supaya kekal rangup.

Kalau buat sendiri stok cili jeruk, boleh buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. Senang bila nak makan, tinggal cedok je.

Ben Safwan ada berkongsikan cara buat cili jeruk kekal rangup selepas dijeruk. Nak tahu rahsianya? Jom lihat perkongsian oleh Ben di bawah.

Rahsia Buat Cili Jeruk Kekal Rangup

Cara-caranya:

1. Potong lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.

2. Rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk.

3. Kemudian, tos bersih untuk buang rasa kapur. Ketepikan.

4. Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih, tutup api.

5. Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Kemudian, cepat-cepat buang air dia dan alirkan air paip. Masukkan dalam bekas bersih.

6. Panaskan 4 atau 5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.

7. Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam, tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Dah boleh makan dah lada jeruk akak.

8. Makin lama makin sedap. Silalah mencuba. Letak luar je.

Kredit: Ben Safwan

Baca juga: Cara Buat Waffle Yang Sedap & Garing, Ikut Je Sukatan Mudah Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN