sotong bakar sambal

Teringin nak makan makanan laut seperti di restoran seafood tapi malas pula nak keluar rumah. Jangan risau, anda boleh buat sendiri Sotong Bakar Sambal yang sedap di rumah.

Sotong Bakar Sambal merupakan hidangan yang sering dipesan di restoran seafood dan disukai ramai terutamanya mereka yang sukakan makanan laut.

Resipi Sotong Bakar Sambal yang dikongsikan oleh Dzanariah di blognya sangat menarik dan mendapat perhatian ramai di pelbagai platform media sosial. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

RESIPI SOTONG BAKAR SAMBAL

sotong bakar sambal

Bahan-bahan:

  • Sotong (saiz besar)
  • 10 tangkai lada kering (dikisar)
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bersihkan sotong dan kelar, tapi jangan sampai putus, kelar sedikit saja.

2. Selepas itu, kisar semua bahan iaitu lada, bawang, buah keras dan serai.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan air asam jawa.

4. Perasakan garam dan gula, kemudian masukkan minyak masak.

5. Seterusnya, ratakan sambal ke atas pemanggang, letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

sotong bakar sambal

6. Masaklah lebih kurang 5 hingga 6 minit.

7. Bagi mengeringkan air sotong, buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Siap untuk dihidang!

Semasa membuat Sotong Bakar Sambal ini, kami nasihatkan supaya anda jangan terlalu lama memasaknya kerana sotong akan menjadi liat. Nanti, nak makan pun rasa tak puas.

Jika ada ahli keluarga di rumah yang tak makan pedas, anda boleh saja buat Sotong Bakar biasa yang kosong saja. Tapi, kena sediakan pencicah lazat seperti air asam atau sambal kicap.

Selamat mencuba!

Sumber: Blog Dzanariah

Baca juga: Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN