Menu daging wagyu merupakan salah satu hidangan yang paling digemari terutamnya buat peminat daging lembu. Tetapi untuk menikmati daging wagyu ianya menelan kos yang agak tinggi. Jadi kalau korang teringin nak merasai kesedapan daging wagyu bolehlah cuba sendiri di rumah. Jom ikuti resepi Wagyu Salpicao yang dikongsikan oleh Nisa Liyana  di Facebook. Resepi yang mudah, jimat dan sangat sedap.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

Resepi Wagyu Salpicao

Menu daging wagyu merupakan salah satu hidangan yang paling digemari terutamnya buat peminat daging lembu. Tetapi untuk menikmati daging wagyu ianya menelan kos yang agak tinggi. Jadi kalau korang teringin nak merasai kesedapan daging wagyu bolehlah cuba sendiri di rumah. Jom ikuti resepi Wagyu Salpicao yang dikongsikan oleh Nisa Liyana di Facebook. Resepi yang mudah, jimat dan sangat sedap.

Kredit: Nisa Liyana
BAHAN-BAHAN
  • Daging wagyu (200g) – yakiniku cut *

  • Kicap 2 sudu besar *

  • Sos tiram 1 sudu besar *

  • Bawang putih cincang (3-4 ulas) *

  • Olive oil – 2 sudu besar *

  • Worcestershire sauce (optional) *

  • Lada dan garam secukupnya *

  • Cendawan butang 

  • Cili api 

  • Bawang putih hiris halus dan goreng garing.

Kredit: Nisa Liyana
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan-bahan bertanda * dalam bekas dan perap lebih kurang 30 minit ke 1 jam.

  • Panaskan kuali, letak sedikit olive oil. Tumis perapan daging tadi, masukkan cendawan dan hirisan cili. Masak dalam 4 ke 5 minit. Siap

  • Hidangkan dan tabur hirisan bawang putih goreng. Makan dengan nasi putih panas-panas.  

Kredit: Nisa Liyana

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.