sizzling yee mee

Nak makan Sizzling Yee Mee tapi tiada hot plate pula. Jangan risau, anda boleh buat di rumah dengan resipi yang kami kongsikan ini tanpa menggunakan hot plate sekalipun.

Sizzling Yee Mee sangat popular di Malaysia dan mudah dijumpai di medan selera. Dengan kuahnya yang pekat dan padat, selera sesiapa pun pasti terangkat apabila memakannya.

Nak makan Sizzling Yee Mee, tak semestinya kena pergi medan selera. Kini, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Jue di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

RESIPI SIZZLING YEE MEE MUDAH

sizzling yee mee

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, cuci bersih yee mee dan toskan, tak perlu rebus sebab yee mee jenis yang cepat masak. Sebelum itu, jangan lupa rendam cendawan kering dalam air juga.

*Cara saya: oleh sebab yee mee ini bulat keras, saya letak dalam air sekejap saja, kemudian bilas-bilas dengan air dan toskan.

2. Sediakan periuk dan masukkan minyak, kemudian tumis bawang putih, halia dan cili kering, masak sampai bawang bertukar warna perang.

3. Selepas itu, masukkan cendawan dan kacau-kacau.

4. Masukkan ayam dan biarkan ia masak sedikit, kemudian masukkan air, kicap pekat, sos seafood, sedikit gula perang untuk seimbangkan rasanya, serbuk lada hitam dan garam.

5. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung (saya letak dalam 5 sudu makan).

sizzling yee mee

6. Setelah itu, guna kuali kecil untuk letak yee mee dan masukkan kuah, telur serta sayur sawi.

7. Akhir sekali, biarkan sampai yee masak. Siap untuk dihidang!

Setelah tahu adanya resipi Sizzling Yee Mee yang mudah, bolehlah anda buat pada bila-bila masa dan keluarga anda pasti menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Jue

Baca juga: Cara Buat Mee Goreng Bungkus Macam Zaman 90-an, Sedapnya Tetap Klasik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN