tak boleh simpan

 Tahukah anda ada sebahagian makanan tak boleh simpan di dalam peti sejuk?

Ramai antara kita yang menjadikan peti sejuk sebagai ‘stor’ makanan tanpa memikirkan terlebih dahulu sama ada ia perlu disimpan sejuk mahupun tidak.

Baca juga: Tip Beli Peti Sejuk Baru, Ini Benda Penting Yang Anda Kena Tahu

Menerusi perkongsian @laikaathome di laman Lemon8, berikut adalah 6 makanan yang tidak sepatutnya disimpan sejuk dalam peti sejuk.


TAK BOLEH SIMPAN MAKANAN INI DALAM PETI SEJUK

tak boleh simpan makanan dalam peti sejuk

Mari kita ambil tahu beberapa makanan yang tak boleh diletak dalam peti sejuk.

1. Daun Selasih

Disarankan untuk letak dalam tempat yang gelap. Jika diletakkan dalam peti sejuk, daun selasih ini akan menjadi cepat hitam dan rosak.

2. Timun

Menyimpan timun di dalam peti sejuk kerana ia akan berlubang dan cair.

3. Kentang

Simpan di dalam suhu bilik sahaja kerana jika diletakkan dalam peti ais, ia akan menyebabkan kanji bertukar menjadi gula.

4. Buah Lemon

Buah lemon harus diletakkan pada suhu bilik dan ia membantu untuk mengurangkan masalah penglihatan dan kulit.

5. Semua jenis bawang

Simpan dalam beg kertas yang berlubang. Jangan letakkan berdekatan kentang kerana akan menyebabkan kentang cepat rosak.

6. Tomato

Tidak boleh diletakkan dalam peti sejuk kerana akan mengubah rasa dan tekstur.


Inilah beberapa jenis makanan yang tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk. Namun, jika buah-buahan tersebut telah dikupas atau dipotong, sebaiknya simpan di dalam peti sejuk supaya buah tersebut dapat diawet.

Selain daripada merosakkan rasa dan tekstur, ada beberapa jenis makanan yang boleh menjadi ‘racun’ selepas disimpan di dalam peti sejuk. Jadi, simpan makanan yang MyResipi senaraikan di atas ini di tempat kering pada suhu normal.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Runsing Peti Sejuk Bersepah? Ini Ada 4 Cara Nak Susun Barang, Baru Bersih & Teratur!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN