resepi ikan tongkol

Tiada idea nak masak lauk apa guna ikan tongkol? Apa kata jom cuba resepi ikan tongkol carik berlado yang mudah dan sedap ini.

Pertama sekali, ikan perlu direbus dan diasingkan isi dari tulang. Kemudian, isi ikan tersebut akan digoreng dan dicarikkan isinya. 

Setelah selesai bab ikan, kita buat sambal berlado pula. Tumis sambal sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan gaul sehingga kuah kering.

Bagi mengetahui cara memasaknya yang lengkap, mari ikuti resipi perkongsian oleh Suriani Mohd di bawah.

Baca juga: Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok

RESEPI IKAN TONGKOL CARIK BERLADO

Bahan-bahan rebus:

Bahan-bahan tumis:

  • Bawang kecil 12-15 biji*
  • Bawang merah besar 1 biji*
  • Bawang putih 4 ulas*
  • Cili merah besar 10-12 biji*
  • Cili api merah segengam*
  • Lengkuas 1 inci (diketuk)
  • Daun limau purut
  • Garam
  • Secukup rasa

Cara memasak:

1. Rebus ikan tongkol bersama asam keping dan sedikit garam. Apabila ikan sudah masak, angkan ikan dan biar sejuk seketika.

resepi ikan tongkol

2. Asingkan isi ikan dengan tulang. Buang tulang, ambil isi sahaja. Kemudian goreng isi ikan tongkol yang sudah diasingkan tadi.

3. Selepas digoreng, carik-carikkan sedikit dan ketepikan.

resepi ikan tongkol

4. Kisar semua bahan-bahan bertanda (*). Kalau tak nak pedas, boleh kurangkan cili api dan lebihkan cili merah besar.

5. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan lengkuas dan daun limau purut.

6. Seterusnya, letakkan garam dan secukup rasa.

7. Akhir sekali, masukkan isi ikan tongkol yang sudah digoreng dan dicarik tadi.

8. Gaul sehingga kering. Lagi lama masak, akan lagi sedap.

resepi ikan tongkol

9. Sedia untuk dihidangkan. Sangat sedap jika dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

resepi ikan tongkol

Kredit resipi dan gambar: Suriani Mohd

Baca juga: Petua Buang ‘Bisa’ Dalam Ikan Tongkol, Untuk Elak Alahan & Gatal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN