sambal tanpa belacan

Orang Malaysia suka makan nasi berlauk dengan sambal kerana tak lengkap jika tiada pedasnya dan ramai juga yang mencari resipi Sambal Tanpa Belacan.

Kebanyakan sambal dibuat dengan menggunakan belacan untuk menambahkan kesedapannya, namun bagaimana pula jika tiba-tiba stok belacan sudah habis di rumah?

Jangan risau kerana anda masih boleh buat Sambal Tanpa Belacan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Suzy Honey di Facebook ini.

Menurut beliau, resipi Sambal Tanpa Belacan ini diajar oleh bibik (orang gaji) di rumahnya yang sangat mahir dalam membuat pelbagai jenis sambal. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Budu Tak Pakai Banyak Minyak, Sedar-Sedar Nasi Dah Dua Pinggan!

RESIPI SAMBAL TANPA BELACAN

sambal tanpa belacan

Bahan-bahan:

  • 1 bawang besar
  • 3 bawang merah
  • 10 biji lada hijau
  • 3 biji lada merah
  • 1 biji buah tomato
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Minyak (untuk menumis)
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus sekejap semua bawang, lada dan tomato sampai lembut sedikit.

2. Seterusnya, toskan dan tumbuk saja sehingga lumat dengan lesung batu. Nak kisar pun boleh.

sambal tanpa belacan

3. Selepas itu, tumis bahan yang ditumbuk tadi. Kemudian, campurkan garam dan gula. Selaraskan ikut citarasa masing-masing.

4. Akhir sekali, tumis saja sampai masak. Siap untuk digunakan!

Oleh itu, tak perlu panik jika tiada belacan di rumah kerana anda boleh guna resipi Sambal Tanpa Belacan ini untuk hasilkan sambal yang sedap tak terkata.

Resipi ini sangat mudah dan ringkas, sesuai untuk mereka yang nak cepat siap masak. Selain itu, ia juga boleh tahan lama.

Bukan setakat sedap dimakan bersama ayam atau ikan goreng, malah anda boleh nikmatinya dengan pelbagai jenis makanan seperti keropok lekor, popia, dimsum dan lain-lain sebagai pencicah.

Jangan lupa untuk kongsikan resipi ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka makan nasi berlauk dengan sambal tau.

Selamat mencuba!

Sumber: Suzy Honey

Baca juga: Cara Buat Sambal Bangkok Yang Tak Cepat Rosak, Sedap Menyengat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN