matilda cake

Matilda cake chocolate adalah kek coklat yang sangat lembut dan gebu, dengan rasa coklat yang kaya. Kek ini terkenal selepas muncul dalam filem Matilda, di mana ada babak dengan kek coklat besar yang menggoda.

Kek ini dibuat dengan bahan seperti coklat, mentega, telur, susu dan beberapa bahan lain serta dihias dengan ganache coklat atau topping coklat. Rasanya sangat sedap, sesuai untuk pencinta coklat!

Baca juga: Resipi Kek Batik Coklat Melting, Bila Gigit Lembut Macam Kek!

RESIPI MATILDA CAKE CHOCOLATE

Campuran bahan kering:

  • Tepung gandum 250g
  • Serbuk kokok 80g
  • Baking powder 2 sudu besar
  • Baking soda 2 sudu besar
  • Gula pasir 240g
  • Gula perang 150g

Campuran bahan basah:

  • Telur size L 3biji (gred B)
  • Susu Full cream 220ml
  • Cuka makanan 1 sudu kecil
  • Minyak sayuran 150ml
  • 1 ½ sk esen vanilla

Bahan-bahan lain:

  • Bancuhan kopi panas (200ml air + 2sk serbuk kopi)

Bahan fudge frosting:

  • 50g serbuk koko
  • 32g tepung jagung
  • 280g gula
  • Sedikit garam
  • Susu fullcream 335ml
  • Dark coklat coin / bar 135gram
  • Butter 55g
  • 1sk asen vanilla

Cara-cara:

1. Satukan semua campuran bahan kering. Gaul sehingga semuanya sebati. Ketepikan.

matilda cake

2. Kemudian, satukan campuran bahan basah. Pukul semua bahan sehingga mesra, tak perlu sampai kembang.

3. Selepas itu, tuangkan campuran bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan saja, jangan terlalu kuat. Kacau manja-manja saja.

4. Seterusnya, masukkan bancuhan kopi panas dan kacau sebati. Adunan akan menjadi sedikit cair.

5. Masukkan dalam loyang saiz 9×9×2 (letak separuh loyang saja). Bancuhan ini akan dapat dua loyang.

6. Bakar pada suhu 180° selama 25 minit. Setelah itu, cucuk dengan lidi dan jika masih belum masak, tambah lagi masa selama 5 minit.

7. Rehatkan selama 15-20 minit sebelum keluarkan dari loyang.

matilda cake

8. Untuk membuat fudge frosting pula, satukan bahan kering iaitu serbuk koko, tepung jagung, gula dan garam. Gaul sebati.

9. Kemudian, curahkan susu fullcream dan kacau atas api yang kecil. Pada mula bancuhan akan cair, kalau sampai akan pekat.

10. Apabila timbul ‘bubble’ dan mula mengental, matikan api dan angkat dari dapur.

11. Kemudian, masukkan coklat coin/bar. Gaul sebati.

12. Masukkan juga butter dan gaul sampai butter mencair.

13. Akhir sekali, masukkan 1sk asen vanilla. Gaul lagi dan simpan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.

matilda cake

14. Sediakan satu bekas, paipkan fudge frosting sebagai lapisan pertama.

15. Bagi lapisan kedua, letakkan kek. Lapisan ketiga pula, letakkan fudge frosting/creamcheese.

16. Lapisan keempat, letak kek semula. Dan akhir sekali, letak fudge frosting di atasnya.

matilda cake

17. Resipi asal tiada lapisan cream cheese. Boleh diubah suai mengikut selera.

matilda cake

18. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ala Apollo, Buat Guna Loyang Besar Confirm Puas Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN