sambal tempe kentang

Resepi sambal tempe kentang ini memang penyelamat! Bayangkan, jika terlambat bangun sahur pada bulan puasa, hanya perlu makan nasi untuk dimakan dengan sambal tempe kentang.

Sambal tempe kentang ini boleh buat stok banyak-banyak. Bila-bila nak makan, tinggal cedok dan nikmati bersama nasi panas. Memang jimat masa! Tak perlu susah payah masak setiap hari.

Resipinya pun mudah je. Semua bahan dah ada kat dapur, tinggal tumbuk, goreng dan siap! Kalau tak suka pedas, boleh kurangkan cili padi. Nak tambah kentang, tempe, atau kacang pun boleh.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Mak Ajar Sampai Pandai

RESEPI SAMBAL TEMPE KENTANG

sambal tempe kentang

Bahan-bahan sambal:

  • Cili merah besar
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan

Bahan-bahan lain:

Cara memasak:

  1. Mula-mula, kisar semua bahan sambal yang telah disediakan (cili merah besar, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan) menggunakan pengisar.
  2. Sementara itu, goreng kentang, tempe dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing. Kentang dan tempe boleh dipotong kecil atau mengikut saiz yang diinginkan.
  3. Jika suka kacang tanah dalam sambal, boleh masukkan sekali semasa goreng.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar yang telah disediakan tadi. Tumis hingga bahan-bahan tersebut masak dan naik bau harum.
  5. Setelah itu, masukkan garam, serbuk perasa, pes asam jawa dan sedikit gula. Tambahkan serbuk kunyit untuk memberi warna dan sedikit rasa.
  6. Setelah sambal tumis cukup masak, masukkan kentang, tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau rata supaya sambal meresap ke dalam semua bahan gorengan.
  8. Setelah semua bahan tercampur rata dan sambal sudah cukup rasa, sambal tempe anda sudah siap untuk dihidangkan!
  9. Mudah kan? Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hani Che Lin

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN