tepung boko ubi kayu

Tepung boko ubi kayu merupakan salah satu kuih tradisional yang berasal dari Kelantan yang telah menjadi kegemaran ramai.

Walaupun namanya mengandungi perkataan ‘tepung’, namun tiada langsung penggunaan tepung di dalam hidangan ini.

Kuih ini juga pernah tular di media sosial beberapa tahun lepas. Mungkin kerana ia mudah untuk disediakan dan rasanya yang lazat.

Jika ada yang belum pernah merasainya, anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Iffat Irdina di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Yang Meleleh-Leleh, Kukus Sekejap Je Dah Siap!

TEPUNG BOKO UBI KAYU

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 2 cawan ubi kayu yang siap diparut (diperah buang air)
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 2 cawan air

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu tepung beras
  • 1/2 sudu garam
  • Secubit gula

Cara penyediaan:

1. Parut ubi kayu dan perah buang airnya. Ketepikan seketika.

2. Masak gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga mendidih. 

3. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan ubi kayu yang sudah diparut.

4. Masukkan dalam bekas dan kukus selama 2o minit.

5. Selepas siap dikukus, sejukkan seketika sementara buat lapisan santan pula.

6. Satukan santan, air, tepung beras, garam dan gula. Masak atas api sehingga agak-agak pekat.

7. Kemudian tuangkan ke atas lapisan ubi yang sudah siap dikukus tadi.

tepung boko ubi kayu

8. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

tepung boko ubi kayu

Kredit resipi dan gambar: Iffat Irdina

Baca juga: Resipi Kuih Kasturi, Ikut Petua Ini Supaya Kuih Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN