sambal kering

Sambal kering ikan selar kuning memang memikat hati dan penuh nostalgia. Hidangan ini mengingatkan kita pada masakan ibu ketika kecil dulu. Biasanya, orang guna ikan bilis, tapi ikan selar kuning yang kecil-kecil ini pun sangat sedap.

Dulu-dulu, sambal kering ini selalu dimakan bersama masak lemak putih yang ada tauhu dan suun. Gabungan rasa ini pasti buat selera kita terangkat. Jadi, jom cuba resipi ini jika ada yang terliur nak cuba.

Baca juga: Tukang Masak Kongsi Tip Ayam Goreng Kunyit Rangup, Isi Juicy & Berkilat!

SAMBAL KERING IKAN SELAR KUNING

sambal kering

Bahan-bahan:

  • Ikan selar kuning (goreng garing)
  • Cili kering (direbus)
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan

Cara-cara:

  1. Goreng ikan selar kuning sehingga garing. Bila dah siap menggoreng, ketepikan seketika.
  2. Kisar cili kering,  bawang merah, bawang besar, bawang putih dan belacan tanpa menggunakan air. Jika tiada pengisar, tumbuk bahan-bahan tersebut.
  3. Tumis campuran bahan kisar sehingga garing. Proses ini biasanya cepat kerana tidak menggunakan air.
  4. Masukkan asam keping atau sedikit air asam. Kemudian tambahkan gula, garam, ajinomoto atau perasa lain mengikut citarasa.
  5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul dengan sambal sehingga bersalut rata pada keseluruhan ikan.
  6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zyda Arshad

Baca juga: Cara Goreng Ikan Macam Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN