sup ayam resepi

Sup ayam resepi tumis darat ini adalah hidangan yang mudah dan ringkas. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, ia menghasilkan kuah yang ringan dan penuh rasa.

Selain itu, sup ini juga tidak terlalu berempah, sesuai untuk makan tengah hari atau malam. Kuah sup yang harum dan sedap ini pasti memikat selera, malah anak-anak pun pasti suka.

Jika anda mencari sesuatu yang cepat, mudah dan pasti disukai seisi keluarga, resipi ini adalah pilihan yang tepat! Jom cuba di rumah menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Crispy Guna 3 Bahan, Rangup Macam Beli Dekat Kedai!

SUP AYAM RESEPI MUDAH VERSI ‘TUMIS DARAT’

sup ayam resepi

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 1 inci halia
  • 1 pek sup bunjut
  • 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, cengkih)
  • 1 biji kentang
  • 2 batang lobak merah
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Mushroom seasoning
  • Kiub ayam
  • Lada sulah secukupnya
  • Black pepper secukupnya
  • 1 biji bawang merah (untuk goreng)
  • Cili (ikut selera)
  • Daun sup secukupnya
  • Daun bawang secukupnya
  • 1 biji tomato
  • 1 biji limau nipis
  • Batang saderi (jika suka)

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam, bawang putih, bawang holland, halia, sup bunjut, 4 sekawan, kentang, lobak merah dan air ke dalam periuk.
  2. Rebus campuran tersebut sehingga menggelegak, ayam masak dan kentang lembut.
  3. Buang lemak ayam yang terapung untuk mengelakkan sup berbau hanyir.
  4. Perasakan sup dengan garam, gula, mushroom seasoning, kiub ayam, lada sulah dan sedikit black pepper.
  5. Goreng bawang merah hingga perang, kemudian curahkan ke dalam sup. Tutup periuk segera supaya sup wangi.
  6. Tambahkan cili, daun sup, daun bawang dan tomato ke dalam sup.
  7. Perahkan sedikit limau nipis ke dalam sup dan jika suka, tambahkan batang saderi.
  8. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Ibah Abdullah

Baca juga: Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN