resepi kek butter

Jika anda penggemar buah cempedak, resepi kek butter cempedak ini wajib cuba buat! Pasti anda akan menyukainya.

Bila dah nama kek cempedak, pastikan jangan ‘kedekut’ cempedak ya. Barulah kek akan menjadi lebih sedap dan harum.

Siapa yang teringin nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Sarah Chew di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Gebas, Lembut Macam Kapas!

RESEPI KEK BUTTER CEMPEDAK

Bahan-bahan:

  • 250g salted butter
  • 130-150g gula kastor
  • 4 biji telur saiz besar
  • 70ml susu
  • 220g tepung gandum + 2 sudu kecil baking powder
  • 250g isi cempedak
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

1. Asingkan cempedak dari biji sehingga menjadi 250g. Kemudian, bahagikan kepada dua. 1 bahagian akan dihiris untuk dijadikan topping, manakala 1 bahagian lagi dicincang hancur (atau guna blender) untuk dijadikan puree.

2. Pukul mentega dan gula menggunakan mixer pada kelajuan paling laju sehingga menjadi gebu dan berwarna pucat.

3. Bila dah gebu dan berwarna pucat, turunkan kelajuan kepada kelajuan rendah. Kemudian, tuangkan telur ke dalam adunan.

4. Seterusnya, masukkan esen vaniilla dan cempedak sudah dicicang hancur menjadi puree. Gaul seketika puree tidak kelihatan.

resepi kek butter

5. Tuangkan susu dan sambul kacau sehingga sebati.

6. Masukkan 1/2 tepung gandum yang sudah digaul dengan baking powder, ke dalam adunan. Pukul menggunakan kelajuan rendah sehingga sebati. Kemudian masukkan baki tepung tadi dan pukul lagi sehingga sebati.

7. Kemudian, sambung kacau menggunakan pemutar tangan. Pastikan putar pada 1 arah saja.

8. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7×7 yang sudah digris dan dialas baking paper. 

9. Ratakan adunan dan ketuk loyang beberapa kali untuk mengeluarkan sebagai buih udara yang ada dalam adunan.

10. Kemudian, susun cempedak yang sudah dihiris tadi di atas adunan.

11. Sedia untuk dibakar di dalam oven pada suhu 150℃ selama 30 minit, kemudian tukar suhu kepada 180℃ dan sambung bakar selama 20 minit. Selamat mencuba!

resepi kek butter

Kredit: Dapur 2022

Baca juga: Cara Buat Kek Carrot Tanpa Guna Penimbang, Tapi Gerenti Jadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN