Categories: Informasi

Resipi Sambal Kering Ikan Bilis Kacang Rangup, Boleh Buat Stok Untuk Makan Sahur!

Sambal kering ikan bilis kacang ini memang mudah disediakan di rumah. Rasanya pedas manis, rangup dan sesuai dijadikan hidangan sampingan bersama nasi.

Selain itu, sambal ini juga boleh disimpan rapat dalam bekas kedap udara untuk dijadikan stok. Jadi bila bulan puasa nanti, senang dihidang untuk sahur atau berbuka.

Resipi ini cepat dan mudah, sesuai untuk sesiapa yang mahu lauk yang tahan lama tapi tetap sedap. Hanya beberapa langkah mudah, sambal kering ikan bilis kacang siap dinikmati.

Baca juga: Resipi Pes Sambal Berlado Ini Penyelamat Waktu Bulan Puasa, Campak Lauk Terus Siap!

RESEPI SAMBAL KERING IKAN BILIS KACANG

Bahan-bahan kisar:

  • Cili kering (1 genggam)
  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)

Bahan untuk digoreng:

Bahan perasa:

  • Gula melaka / gula Nisse (½ ketul)
  • Gula pasir (1 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Sos cili (1 sudu besar)
  • Sos tiram (1 sudu besar)
  • Kicap manis (1 sudu besar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan cili, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.resepi
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau harum.
  3. Masukkan bahan perasa dan tumis sehingga garing dan agak kering. Biarkan sejuk seketika.
  4. Setelah sejuk, masukkan ikan bilis dan kacang tanah goreng. Gaul rata sehingga sebati.
  5. Simpan dalam botol kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Sambal kering ini boleh dinikmati terus dengan nasi putih panas atau dijadikan lauk tambahan semasa sarapan atau makan tengah hari.

Sumber: Nur Nazihah Che Aziz

Baca juga: Cara Buat Pes ‘Ibu Sambal’ Serba Guna, Nak Masak Apa Pun Jadi Cepat!

Wan N

Recent Posts

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

27 mins ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 hours ago

Cuma Guna 4 Bahan Tanpa Telur & Gelatin, Ini Resipi Puding Susu Lembut Penuh Berkrim!

Resepi puding susu ini boleh dijadikan pilihan untuk sajian minum petang kerana rasanya yang manis…

3 hours ago

Mee Calong Homemade, Wanita Ini Kongsi Rahsia Buat Bebola Ikan Guna Ikan Selayang!

Hidangan berkuah yang dinikmati panas-panas memang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama keluarga. Mee…

5 hours ago