Categories: Resipi

Gebu & Mengenyangkan! Resipi Roti Sosej Gulung Homemade, Sedap Dimakan Panas-Panas

Resepi roti sosej gulung ini sesuai dijadikan pilihan sarapan pagi yang mengenyangkan untuk seisi keluarga. Tekstur roti yang lembut bersama sosej di bahagian tengah memberikan gabungan rasa yang ringkas tetapi cukup menyelerakan.

Menyediakan roti sendiri di rumah juga memberi peluang untuk anda menghasilkan hidangan mengikut saiz dan bentuk yang disukai. Anak-anak pasti tertarik dengan roti berbentuk gulungan ini, lebih-lebih lagi apabila boleh memilih sosej kegemaran masing-masing.

Selain untuk sarapan, roti sosej ini juga sesuai dijadikan bekal ke sekolah atau tempat kerja. Anda boleh menyediakannya dalam kuantiti lebih banyak supaya ada stok untuk dinikmati pada keesokan hari.

Baca juga: Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

RESEPI ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu
  • ¼ cawan madu
  • 2 sudu besar yis
  • ¼ cawan mentega cair
  • 2 sudu kecil garam
  • 5 cawan tepung gandum
  • Sosej pilihan

Cara penyediaan:

  1. Campurkan susu, madu dan yis ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit sehingga yis mula berbuih.
  2. Masukkan mentega cair, garam dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
  3. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan. Tutup mangkuk dan biarkan selama 30 minit untuk doh mengembang.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Ambil setiap bahagian dan gulungkan bersama sosej pilihan.
  5. Susun roti sosej di atas dulang pembakar. Sapu sedikit susu pada permukaan doh.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga roti masak dan keperangan.

Sumber: Threads @illyariffin

Baca juga: Resipi Roti Poket Doraemon, Kulit Rangup Di Luar Dengan Inti Ayam & Sosej Yang Penuh!

Izzati

Recent Posts

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

35 minutes ago

Roti Daging Cheese Ala Bigmac Guna Roti Biasa, Siap Dengan Sos Istimewa Homemade!

Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging…

20 hours ago

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

22 hours ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

22 hours ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

23 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

24 hours ago