resepi ibu sambal

Resepi ibu sambal ini memang berguna kalau tiba-tiba nak masak menu bersambal. Buat banyak terus untuk disimpan dalam peti sejuk.

Sesuai untuk masak ayam masak merah, sambal udang, asam pedas dan sebagainya. Sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Sambal ini boleh dijadikan stok asas untuk pelbagai masakan, jadi anda boleh tinggal guna tanpa perlu mula dari awal.

Baca juga: Tak Perlu Goreng! Ini Cara Buat Sambal Rebus Versi Sihat Yang Tetap Sedap

RESEPI IBU SAMBAL SERBA GUNA

resepi ibu sambal

Bahan-bahan:

  • 100g tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan)
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam atau rebus cili kering dengan air panas sehingga lembut. Kemudian kisar bersama bawang besar dan bawang putih. Kisar sekali dengan sedikit minyak masak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa. Gaul rata.
  4. Masak dengan api kecil sehingga sambal menjadi pekak dan merah cantik.
  5. Siap untuk dihidangkan!

Tip tambahan: Untuk aroma lebih wangi, boleh masukkan beberapa helai daun pandan semasa menumis.

Sumber: Jazlin hanie II

Baca juga: Resipi Sambal Jantan Ini Simple Tapi Rasa ‘Berhantu’, Sesuai Makan Dengan Semua Jenis Lauk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN