
Sambal kering ikan bilis kacang ini memang mudah disediakan di rumah. Rasanya pedas manis, rangup dan sesuai dijadikan hidangan sampingan bersama nasi.
Selain itu, sambal ini juga boleh disimpan rapat dalam bekas kedap udara untuk dijadikan stok. Jadi bila bulan puasa nanti, senang dihidang untuk sahur atau berbuka.
Resipi ini cepat dan mudah, sesuai untuk sesiapa yang mahu lauk yang tahan lama tapi tetap sedap. Hanya beberapa langkah mudah, sambal kering ikan bilis kacang siap dinikmati.
Baca juga: Resipi Pes Sambal Berlado Ini Penyelamat Waktu Bulan Puasa, Campak Lauk Terus Siap!
RESEPI SAMBAL KERING IKAN BILIS KACANG

Bahan-bahan kisar:
- Cili kering (1 genggam)
- Bawang besar (2 biji)
- Bawang putih (2 ulas)
Bahan untuk digoreng:
- Ikan bilis (1 mangkuk)
- Kacang tanah (1 ½ mangkuk)
Bahan perasa:
- Gula melaka / gula Nisse (½ ketul)
- Gula pasir (1 sudu besar)
- Garam (1 sudu kecil)
- Sos cili (1 sudu besar)
- Sos tiram (1 sudu besar)
- Kicap manis (1 sudu besar)
Cara-cara penyediaan:
- Kisar semua bahan cili, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.resepi
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau harum.
- Masukkan bahan perasa dan tumis sehingga garing dan agak kering. Biarkan sejuk seketika.
- Setelah sejuk, masukkan ikan bilis dan kacang tanah goreng. Gaul rata sehingga sebati.
- Simpan dalam botol kedap udara untuk kegunaan kemudian.
Sambal kering ini boleh dinikmati terus dengan nasi putih panas atau dijadikan lauk tambahan semasa sarapan atau makan tengah hari.
Sumber: Nur Nazihah Che Aziz
Baca juga: Cara Buat Pes ‘Ibu Sambal’ Serba Guna, Nak Masak Apa Pun Jadi Cepat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














