resepi sos cili thai

Jom cuba resepi sos cili Thai homemade yang mudah dan sedap ini. Rasanya cukup lengkap dengan pedas, masam dan manis yang seimbang. Memang sesuai sangat dijadikan pencicah untuk pelbagai hidangan.

Bestnya kalau buat sendiri di rumah, kita boleh dapat rasa lebih fresh, jimat dan boleh ubah suai tahap kepedasan mengikut selera masing-masing. Tak payah risau lagi kalau stok sos habis tiba-tiba.

Sos cili Thai ini juga memang serbaguna. Nak cicah ayam goreng, cucur panas, keropok atau seafood bakar, semuanya jadi lebih padu bila digandingkan dengan sos homemade ini.

Baca juga: Resipi Serbuk Ikan Bilis Homemade, Perasa Sihat Tanpa MSG Ini Wajib Ada Di Dapur!

RESEPI SOS CILI THAI HOMEMADE

resepi sos cili thai

Bahan-bahan:

  • 4 biji cili merah
  • 9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 ½ cawan air
  • 2 sudu besar cuka
  • Jus 1 biji limau nipis
  • 1 cawan gula atau secukup rasa
  • 1 sudu besar garam atau secukup rasa
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air (larutkan)

Cara penyediaan:

  1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan air hingga halus.
  2. Tuang ke dalam periuk. Masukkan cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula.
  3. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Perlahankan api. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati sehingga sos memekat (lebih kurang 1 minit).
  5. Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Sos cili ala Thai homemade ini boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Sesuai dijadikan pencicah pelbagai hidangan seperti ayam goreng, ikan bakar, cucur atau makanan bergoreng.

Sumber: Norimah Abd Rahman

Baca juga: Mudahnya Cara Buat Kerisik Kelapa Homemade, Tuang ‘Bahan’ Ini Waktu Kisar Supaya Tahan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN