
Menjelang bulan Ramadan, persediaan awal sangat penting supaya kita tak kelam-kabut di dapur. Salah satu “penyelamat” mak-mak adalah Pes Sambal Berlado.
Sekali buat, boleh simpan stok. Pes ini sangat serba guna kerana boleh masak ayam goreng berlado atau ikan keli berlado, malah buat nasi goreng pun laku keras.
Jom tengok resipi penuh di bawah untuk mudahkan kerja anda pada bulan Ramadan nanti! Buat banyak terus untuk stok dalam peti ais, nak guna tinggal cedok saja!
Baca juga: Cara Buat Pes ‘Ibu Sambal’ Serba Guna, Nak Masak Apa Pun Jadi Cepat!
CARA BUAT PES SAMBAL BERLADO

Bahan-bahan:
- 500 gram cili api hijau
- 200 gram cili api merah
- 6 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 10 helai daun limau purut (buang urat tengah)
- 5 biji buah keras
Cara-cara penyediaan:
- Goreng semua bahan hingga layu dan sedikit lembut. Tidak perlu garing.
- Satukan semua bahan yang telah digoreng tadi.
- Kisar menggunakan chopper atau pengisar kering sehingga halus atau sedikit kasar, ikut citarasa.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian goreng semula bahan kisar tadi.
- Masukkan gula, garam dan perasa secukupnya.
- Gunakan api perlahan dan goreng selama kira-kira 30 minit sehingga pes betul-betul masak dan naik minyak.
- Tutup api dan biarkan pes sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam botol bersih dan kering.
Nota kaki: Jika suka, boleh tambah bahan berikut untuk variasi rasa:
- Tomato
- Ikan bilis goreng
- Belacan
- Udang kering
Bahan tambahan ini perlu disangai atau digoreng terlebih dahulu sebelum dikisar bersama bahan lain.
Pes sambal lado ini sesuai dijadikan stok untuk kegunaan harian, lebih-lebih lagi sepanjang bulan puasa. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama dan kekal segar.
Sumber: Sabariah Bahasar
Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














