Resepi Daripada Kakak Ipar
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Masak Kicap Terbaik
Resepi Daripada Kakak Ipar
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor Ayam
- 1 1/2 inch halia
- 2-3 Ulas bawang putih
- 1 sb jintan manis (Jintan Besar)
- 3-4 cili padi hijau (terpulang kepada tahap kepedasan masing2)
- 1/2 inch kunyit
- 6 sb Kicap Manis
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- 1 biji bawang holland dipotong bulat (guna yg jenis ni sbb rasa nye manis berbanding bawang bombay)
- 2-3 biji cili merah utk hiasan (tp optional sekiranya x cukup pedas)
- minyak utk menumis
- garam
- gula
CARA PENYEDIAAN
- Potong kan ayam kecil-kecil lebih kurang 2 inch)..basuh..toskan air..kemudian ketepikan.
- Sediakan bahan untuk perapan..
– Satukan cili hijau, kunyit, halia, jintan & bwg putih (tumbuk , nk blend pun bole) - kemudian masukkan bahan perapan td kedalam ayam yg siap ditos td..perap kan selama 15 – 30 minit
- panaskan minyak, masukkan ayam yg telah siap diperap td
- kemudian masukkan kesemua bahan2 sos td.jika terlalu pekat.blh masukkan sedikit air.
- Kemudian masukkan cili merah (terpulang kpd anda sama ada nk potong or nk masuk sebiji2)
saya masukkan sebiji2.bila nk tmbh pedas picit je cili tu.. - perasakan..garam,gula, aji (saya x pakai aji sbb sos tiram tu dh berperisa)
- Last sekali..masukkan bawang yang telah dihilis bulat td..masak la sehingga layu sedikit..lepas tu blh la di angkat & di hidangkan
- Selamat mencuba
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.