Kalau lihat pada gambar, mungkin ada yang menyangka bahawa ia merupakan resipi kuih lapis, tetapi sebenarnya ia merupakan resipi puding biskut cream cracker yang hanya menggunakan 3 bahan.

Menarik kan? Kalau nak tahu macam mana nak buat, jom ikut resipi ini.

Baca juga: Sedapnya Puding Laici 1 Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an

Resipi Puding Biskut

Bahan-bahan:

  • 24 keping biskut krim cracker
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara-cara penyediaannya:

1. Rendam biskut dalam air panas sehingga kembang. Kemudian toskan.

2. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar sampai semua bahan menjadi halus.

3. Bahagikan kepada 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni, tapi ada 2 warna je tak dapur)

4. Tuang warna pertama ke dalam loyang, kemudian kukus selama 5 minit.

5. Tuangkan pula warna kedua, kukus lagi.

6. Ulang lapisan sehingga habis.

resipi puding biskut

7. Lapisan akhir sekali, kukus lagi selama 10 minit. Siap!

resipi puding biskut

Kredit: Siti Aishah Hussin

Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending