Kek Batik Horlick Cheese

Biasa selalu makan kek batik perisa coklat je kan? Rupanya ada banyak lagi perisa kek batik menarik yang boleh anda cuba buat di rumah nanti. Salah satunya adalah Kek Batik Horlick Cheese.

Mungkin ramai yang belum makan perisa kek batik horlick ni kan? Anda wajib cuba sebab rasanya serius sedap dan tak muak! Kalau buat ni, seisi keluarga pasti suka.

Kalau ada yang nak cuba, lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan perkongsian oleh Arianna Kitchen. Selamat mencuba!

Resipi Kek Batik Horlick Cheese

Bahan-bahan:

  • Butter 400g
  • Susu Pekat setengah tin
  • Horlicks 1 pack kecil
  • Telur 2 biji
  • Air suku cawan
  • Biskut Marie 500g

Bahan-bahan topping:

  • Cream Cheese 300 gm
  • Susu Pekat 4 sudu
  • Whipping Cream anchor 1 cawan

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Kemudian masukkan susu pekat dan horlick. Kacau sehingga sebati.


2. Masukkan pula telur dan esen vanilla. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Letakkan juga sedikit air.

3. Akhir sekali masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan. Gaul sehingga sebati.

4. Letakkan dalam loyang 10 inci yang sudah dilapik dengan baking paper. Padatkan adunan.


5. Untuk topping, kisar cream cheese dan susu pekat.

6. Putar whipping cream sehingga kembang. Masukkan campuran cheese dan susu pekat tadi, kacau sebati.

7. Letakkan di atas kek batik tadi. Ratakan dan sejukkan semalaman di dalam peti ais.

Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!

Kredit: Arianna Kitchen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN