cempedak rangup

Cempedak rangup antara kudapan yang sangat terkenal di Malaysia. Kudapan ini juga mudah didapati di gerai tepi jalan ataupun pasar malam.

Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri cempedak rangup di rumah, boleh ikuti resipi yang dikongsi oleh saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.

Menurutnya, resipi tersebut merupakan rahsia keluarganya yang sudah berniaga selama hampir 20 tahun.

Boleh guna untuk pisang goreng juga, tapi untuk cempedak kena bancuh sedikit pekat dari pisang.

Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng

Bahan-bahan:

  • Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
  • Tepung gandum suku cawan
  • Serbuk kunyit setengah sudu
  • Kapur makan secubit
  • Gula sesudu besar
  • Gram sesudu
  • Telur ayam atau itik sebiji

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
  3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
  4.  Sedia untuk digoreng sehingga rangup.

Kredit: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: Sudah Niaga Hampir 15 Tahun, Abang Ini Dedah Resipi Rahsia Tepung Pisang Goreng Hasil Jualannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN