aplikasi menu rahmah

Aplikasi Menu Rahmah bakal dibuat oleh kerajaan di mana ia akan menyenaraikan senarai restoran atau kedai makan yang menawarkan hidangan Menu Rahmah, kata YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub.

Wah! Berita baik ini! 

Baca juga: Lebih 15,0000 Premis Dah Lancar Menu Rahmah, Ini 15 Info Yang Korang Patut Tahu

Buat masa ini, beberapa restoran sedia menawarkannya, termasuk MYDIN. Namun, bagi kebanyakkan pengguna, ia mungkin agak sukar untuk mengenal pasti lokasi berhampiran yang menjual “Menu Rahmah”.

aplikasi menu rahmah

Dengan penawaran aplikasi ini, ia dijangka akan memudahkan orang ramai mencari lokasi premis makanan dengan “Menu Rahmah”, disamping pada masa yang sama membantu pemilik restoran mempromosikan kedai makan mereka.

Menu Rahmah merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mengalakkan pengusaha restoran menawarkan menu makanan pada harga RM5 – sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup bagi golongan B40.


Sumber: Berita Harian 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN