sardin homemade

Harga untuk 1 tin sardin sekarang ini boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata jom buat sendiri sardin homemade sama macam dalam tin tu.

Dijamin lebih bersih dan selamat dari bahan pengawet. Yang paling penting bila buat sendiri, nak bagi makan dekat anak pun tak was-was.

Harga ikan sardin segar di pasar pun tak mahal mana. Memang puas hati kalau buat sendiri sebab puas hati boleh makan banyak. Jom lihat resipi di bawah.

Cara Buat Sardin Homemade Yang Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan sadin – bersihkan
  • 2 labu bawang besar – potong dadu
  • 2 biji tomato – potong dadu
  • 3-4 ulas bawang putih – tumbuk, racik atau kisar
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato sos
  • 1/2 cawan minyak
  • Sedikit gula dan garam
  • Air secukupnya
  • Sedikit cili sos – jika suka

Cara-cara:

1. Guna pressure cooker jika ada.

2. Tumis bawang sekejap. Kemudian masukkan tomato dan semua bahan.

3. Masukkan ikan dan gaul sedikit. Tambahkan air secukupnya sehingga tenggelamkan ikan.

4. Tutup pressure cooker dan setkan high pressure selama 90 minit.

5. Perlahan-lahan lepaskan pressure baru buka penutup.

6. Jika kuah terlalu banyak atau nak pekatkan, reneh lagi sampai pekat.

Masak semula ikut citarasa. Selamat mencuba!

Kredit: Cik Siti Abu Sujak

Baca juga: Resipi Laksa Sardin Tin, Sedap Dia Kalah Kedai Kopitiam Lain

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN