laksa sardin tin

Teringin nak makan laksa yang sedap macam kat kedai kopitiam? Apa kata jom cuba buat sendiri je laksa sardin tin yang mudah dan sedap hasil perkongsian oleh Noratiqah Nordin di bawah.

Cara Buat Laksa Sardin Tin

Bahan kuah:

  • 2 tin sardin
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 2 ketul kiub ikan bilis
  • 2 senduk cili kering yang d blend
  • 2 bunga kantan
  • 3 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping yang besar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, 1 tin sardin besar, tin sardin kecil hancur kasar saja.

laksa sardin tin

2. Dah siap kisar, masukkan ke dalam periuk.

3. Masukkan cili kisar 3 senduk. Kacau rata.

laksa sardin tin

4. Masukkan air mengikut kepekatan yang diigini.

5. Masukkan sardin hancur kasar.

6. Letakkan 2 ketul kiub ikan bilis.

7. Masukkan daun kesum.

8. Masukkan bunga kantan.

laksa sardin tin

9. Masukkan asam keping.

10. Perasakan dengan garam dan gula.

11. Masak sehingga mendidih dan cukup masak.

12. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

laksa sardin tin

Kredit: Noratiqah Nordin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN