sardin lagi sedap

Siapa suka makan sardin? Satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi putih. Memang cukup berselera! Tapi ramai tak tahu, kena goreng dulu ikan sardin baru sardin lagi sedap!

Tapi risau ikan sardin meletup-letup bila digoreng? Jangan risau, ada tips untuk menggelak ia berlaku. Kalau nak tahu tipsnya, jom lihat resipi sardin di bawah.

Cara Masak Sardin Lagi Sedap

Bahan-bahan:

  • Ikan sardin
  • Cili kisar (optional)
  • Setengah sudu gula

Bahan tumis:

  • Sebiji bawang besar dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih dihiris nipis
  • Beberapa ulas cili padi

Cara-cara:

1. Asingkan sardin dengan kuah. (jangan buang kuah)

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali menggunakan api kecil. Masukkan ikan ketika minyak belum betul-betul panas supaya ikan tidak meletup-letup. Tutup dengan penutup kuali. Tak perlu terbalikkan dengan kerap, 1 kali sahaja cukup.

3. Guna minyak sedikit sahaja.

sardin lagi sedap

4. Angkat ikan ke dalam pinggan. Ketepikan.

5. Dengan menggunakan minyak lebihan tadi, goreng bahan tumis sehingga naik bau.

6. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan juga setengah sudu gula.

7. Masukkan kuah ikan sardin yang diasingkan tadi.

8. Kemudian masukkan ikan sardin yang digoreng tadi.

sardin lagi sedap

9. Siap ikan sadin marvellous. Selamat mencuba!

sardin lagi sedap

Kredit: Rafiza Idayu

Baca juga: Patutlah ‘Viral’ Resipi Terung Goreng Crispy Ni, Serius Sedap!