resipi kuih getas

Kalau ada yang tak tahu, resipi kuih getas ini adalah kuih tradisional Melayu yang terkenal dengan tekstur garing di luar tetapi lembut di dalam.

Rahsia kelembutannya terletak pada campuran nasi yang dikisar halus bersama adunan tepung, manakala kelapa parut yang digunakan memberikan rasa lemak dan bau yang wangi.

Kuih ini enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan hidangan sampingan pada waktu minum petang ditambah pula dengan lapisan gula yang manis, memang sedap sungguh!

Jom baca resipi lengkap ini.

Baca lagi: Resepi Sup Tauhu Telur Semudah ABC, Makin Berselera Hirup Kuahnya!

RESIPI KUIH GETAS

Bahan-Bahan untuk Adunan Kuih Getas:

  • 500g tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja untuk rasa lebih lemak)
  • 1 cawan nasi (diblend halus)
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit minyak (untuk memudahkan menguli)

Cara-Cara Membuat Kuih Getas:

1. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, nasi yang telah dikisar, dan garam. Gaul semua bahan sehingga sebati.

2. Tambahkan air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi. Gaulkan sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Jika adunan masih melekat, tambahkan sedikit minyak pada tangan untuk memudahkan proses menguli.

3. Adunan kuih getas ini sepatutnya lembut tetapi tidak terlalu berair. Pastikan tekstur adunan sesuai untuk dibentuk.

4. Timbang adunan sebanyak 35 gram untuk setiap kuih (atau ikut saiz yang anda suka). Bulatkan adunan di tangan dan kemudian leperkan sedikit.

5. Ulang langkah ini sehingga semua adunan selesai dibentuk.

6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Pastikan minyak cukup panas sebelum mula menggoreng kuih.

7. Goreng kuih getas sehingga kelihatan sedikit garing di luar. Jangan risau jika kuih getas kelihatan garing kerana campuran nasi akan memastikan kuih tetap lembut di dalam.

8. Angkat dan toskan kuih di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

Bahan-Bahan untuk Air Sira (Lapisan Gula):

  • 7 sudu makan gula
  • 5 sudu makan air

Cara-Cara Membuat Air Sira Gula:

1. Di dalam kuali yang lain, masukkan gula dan air. Panaskan campuran ini dengan api sederhana. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya dan air sira mula kelihatan likat dan pekat.

2. Setelah air sira pekat, masukkan kuih getas yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Kacau cepat-cepat agar setiap kuih disalut rata dengan air gula.

3. Pastikan anda menutup api sebaik sahaja kuih disalut sempurna dengan sira gula, supaya gula tidak menjadi terlalu pekat dan keras.

Sumber: Hamizah Yatim 

Baca lagi: Sardin Sambal Mudah Dan Cepat Siap, Satu Suap Je Terus Naik Selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN