Korang perasan tak sekarang, manisan daripada negara Turki ini semakin dikenali dan sudah ramai orang mula  menjualnya. Ini kerana rasa kunafa ini memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.

Bahan utama kunafa ini adalah keju makan rasanya memang enak lagi-lagi dimakan semasa masih panas. Jom cuba resepi kunafa ini hanya dengan menggunakan air fryer.

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1/2 biji jus perahan lemon
  • 1 sudu air mawar
  • Vermicelli atau pastri Kaitaify
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan susu
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sdb esen vanila
  • 100gm cream cheese
  • Kacang pistachio – dicincang kasar
  • Keju mozzarella atau keju Akkawi

CARA PENYEDIAAN

  1. Siapkan sirap terlebih dahulu dengan campurkan 1 cawan air, 1 cawan gula, 1/2 biji just perahan lemon dan 1 sudu air mawar. Renehkan sehingga ia menjadi pekat.
  2. Kemudian, ramaskan vermicelli menjadi pendek. Masukkan 1/2 cawan mentega dan gaulkannya bersama vermicelli sehingga ia menjadi lembab.
  3. Sediakan sos krim pula dengan 1 cawan susu, 2 sudu tepung jagung, 1 sudu gula, esen vanila dan cream cheese renehkan sehingga menjadi pekat.
  4. Sediakan loyang, masukkan vermicelli ratakan sehingga mampat lebih kurang tebal 1 inci.
  5. Letakkan sos krim di atasnya dan lapiskan bersama keju mozzarella.
  6. Letakkan sos krim lagi di atas keju tersebut dan tutup bersama vermicelli.
  7. Bakar dalam air fryer,  suhu 140 darjah selama 20 minit.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Ena Mohd Arip

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN