ayam goreng sedap

Biasanya kalau masak ayam goreng, kita cuma gaulkan ayam bersama kunyit dan garam kan?

Kali ini apa kata jom kita cuba teknik goreng ayam yang dikongsi oleh Nurul Ateekah di bawah.

Katanya, jika sekali cuba cara ini akan jadi lebih rajin menggoreng ayam.

RESIPI AYAM GORENG TERLAJAK SEDAP

Salah satu sy suka masak, suami saya dan abang  saya suka makan makanan saya.

Ayam goreng memang sedap. Kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam. Tapi setiap kali saya goreng ayam, suami mesti akan minta. Kalau suami suka, anak2 lagi la suka. Bahagian kepak akan serap rasa sampai ke isi. Bila goreng, garing diluar, juicy didalam. Saya jamin, siapa yang cuba ayam ni, mesti akan rajin goreng ayam.

Bahan-bahan:

  • ½kilo ayam(bahgian kepak)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Garam ½ sudu kecil
  • Bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
  • Minyak masak

Cara-caranya:

1. Perapkan ayam yang sudah dicuci bersih dengan semua bahan-bahan di atas paling kurang 30 minit.

2. Goreng ayam sehingga masak dan garing.

3. Sedia untuk dihidang.

Kredit: Nurul Ateekah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN